Sunday 29 April 2012

BUKU LALI..

yeahhhh.....ari nie mau crta skit pasal buku lali.....buku lali adalah merupakan satu daripada angota badan yg terletak d kaki....kalau ada nampak benjol2 keras tue lah dia buku lali....kegunaan buku lali aq pn ndak tau....ALLAH S.W.T telah ciptakan buku lali dan ALLAH yg lbih mengetahui pa kah kegunaan buku lali....dan hari nie aq telah mendapat 1 nikmat yg mungkin jarang2 org yg tidak aktif bersukan dapat iaitu kecederaan pada buku lali...hehe...

aq syukur pada takdir nie...dgn sakit yg sdikit nie pn insyaALLAH akan ada pegampunan dosa yg berlaku keatas driku yg pendosa ini....bengkak yg kena pada kaki ku dekat blkng buku lali nie memang sangat pedih jarang2 dapat bgni ooo...hehe...aq harap kaki ku dpt sembuh dgn cepat dan tidak bertambah teruk....aq mau main futsal lgi....hehe....ok....ckup stkat ini.....

Thursday 26 April 2012

sedikit sdh selesai..

ALHAMDULLILAH....ari nie kpla ada tenang skit stlah memikirkan asgment2 dan ujian2....yg telah berlalu dgn jayanya....bagiku kptsan yg bakal d keluarkan aq akan trima seadanya....dan apa yg aq rsakan hasil dripada ujian dan asgment nie mungkin yg bukan terbaik aq akan dapat....hehe.....nie mungkin d sebabkan ketidak yakin nya aq utk mendapat kan kptusan yg cemerlang...haha...tpi kalo sdh keluar markah bgtu....trima jak lah seadanya....mungkin itu jak usaha yg aq mampu buat....

lepas nie ada sedikit lgi asgment yg prlu d selesaikan....dan akan cuba tuk d selesaikan sebaik mungkin....memandangkan asgment selepas ini ada asgment berkumpulan....jdi aq akan cuba utk beri komitmen...hehe....sbb asgment bkmplan nie biasanya aq akan lbih berharap kepada kawan2 kmplan aq...hehe...

bah...cukup jak la aq merepek petang nie d blog nie....lpas nie aq akan lbih bnyk post2 benda2 yg berfaedah skit dripada mempost benda2 yg mengarut spya dapat aq ambil iktibar dan org yg baca pn dapat ambil iktibar....dan sampaikan....as salam....



Tuesday 24 April 2012

di dunia lagi ALLAH nak tunjukkan..

Dari ALLAH kita datang, dan kepada ALLAH juga kita kembali..





Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah. :) Tolong LIKE & SHARE


ISLAM AGAMA KEDAMAIAN BUKAN KEGANASAN


hari nie aq terjumpa 1 gmbr....di bawah gmbr tue ada kata2 yg membuat kan aq terfikir mengenai agama ku....dan gmbr nie telah membuat kan aq seperti hina kerana sering merasa saudara2 seislam ku yg mempertahankan agama, bangsa, dan negara mereka seringkali dikaitkan dgn teroris...sunguh cetek pengetahuan ku mengenai agama islam yg luas ini...mudah2an ALLAH tmbhkan lgi nikmat ilmu pengetahuan nya kepada kita semua utk dapat bljr apakah itu ISLAM....

Doa Memohon Jodoh


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin.


Saturday 14 April 2012

TUGASAN..TUGASAN...TUGASAN..

mingu bercuti sdh hampir tamat....tapi malangnya asgment ndak siap2 lagi.....aduhhhhhhhhh....bila lah ati ku bergerak mau bgi siap nie....hehe...first asgment mau antar ari jumaat nie prinsip ekonomi...lpas tue komputer...lpas tue o.b...lpas tue.....arrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........bnyk lah bah asgment...sakit kpla pikir asgment nie....


Thursday 5 April 2012

BIDADARI SYURGA

Gambaran Bidadari dalam Al-Qur'anul Karim...

  • "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik."(Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)


  • "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52) 


  • "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56) 


  • "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58) 


  • "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70) 


  • "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72) 


  • "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74) 


  • "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76) 


  • "mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20) 


  • "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)


  • "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37) 


Nabi s.a.w di tanya oleh sahabat mengenai bidadari...

Gambaran Bidadari dalam Hadits Ath-Thabarany menuturkan, kami diberi tahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Hassan, dari Al-Hassan, dari ibunya, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Beliau menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.” Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Al-Waqi'ah: 23) Beliau menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam surga-surga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70) Beliau menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.” Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung onta) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Shaaffaat: 49) Beliau menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.” Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waaqi'ah: 37) Beliau menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadits).Disebutkan dalam catatan kaki buku Raudhatul Muhibbin, halaman 201: ”Pengarang (Ibnul Qoyyim) menyebutkan hadits ini di dalam bukunya Hadil Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if. Menurut Ibnu Ady, mayoritas hadits-haditsnya adalah mungkar dan saya tidak melihat orang-orang dahulu membicarakannya. Kemudian dia menyebutkan hadits ini dari jalannya seraya berkata, “Hanya sanad inilah yang diketahui.”

**TIADA GAMBAR YANG DAPAT MENGAMBARKAN BAGAIMANA INDAH NYA SYURGA...

DALAM SUNNAH PASTI ADA KEJAYAAN


kita belajar skit cam mana mau bljr2 amalkan sunnah nabi muhammad s.a.w....

Untuk mengamalkan sunnah maka kita ambil daripada bahagian ini. 

1. Suurah Nabi Muhammad s.a.w, iaitu gambaran luar fizikal Nabi Muhammad S.A.W, Contohnya : Menipiskan Misai, Menyimpan janggut, bermiswak, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, memakai jubah,   serban dan banyak lagi...

2. Sirah Nabi Muhammad s.a.w, iaitu perjalanan hidup Nabi s.a.w daripada bangun tidur sehingga tidur semula. Asasnya, tidur cara nabi, makan cara nabi, masuk tandas cara nabi, perjalanan cara nabi, keluar masuk rumah cara nabi, berkenderaan cara nabi dan bersama isteri pun cara nabi. banyak lagi adab-adab harian yang mengikut sunnah yang kita perlu sempurnakan.

3. Sarirah Nabi Muhammad s.a.w iaitu kerisauan Nabi s.a.w. Nabi fikir macam mana semua umatnya dapat masuk syurga ALLAH s.w.t dan fikir kerisauan ini perlu ada pada setiap orang mukmin.

mahu tahu lagi dan lagi..tingkatkan pengorbanan..belajar2 keluar di jalan ALLAH s.w.t...

CUTI MID SEM SDH BERMULA

as'salam....

yahuuuuu.....nie mungkin saat2 yg d tungu ole suma mahasiswa2 UNIMAS...bermula daripada (06/04/2012) sehingga (16/04/2012) nie kmi akan memulakan cuti mid sem kami selama seminggu....seperti biasalah kalau sdh cuti ada yg balik kampung dan ada yg ndak dapat balik kampung....dan aq tergolong dalam mereka yg ndak dapat balik kmpung...huhu...sbnrnya niat d hati mmg mau balik sbb mau tlng2 d restoran baru neneku....tpi sedih jugak lah sbb ndakda sponsorship untuk tiket penerbangan daripada kuching ke kota kinabalu....

kalau mau balik nie mmg bajet besar skit lah...pa ndak....tiket pigi kuching k.k sdh makan2 RM150...pigi k.k sandakan RM50...kalo mau balik p unimas lgi sdkan k.k RM50....k.k kuching RM150....jdi ambil keputusan...ndak pyh lah balik semingu syak pun....hehe....jdi...bermulalah cuti yg memboringkan selama berada di kolej allamanda nie...tpi cuti2 bgni kenalah isi dgn benda yg bermanfaat...jdi...aq akan bagi masa ku selama 3 hari untuk korban perasaan ku d jalan ALLAH s.w.t...mudah2an ALLAH pilih...

masa cuti nie jugak berlangsung nya sukan MASUM fasa 1 yg akan diadakan d UNIMAS...antara sukan yg dipertandingkan ialah memanah,tenis,skuasy,tenpin boling,kayak,taekwondo,catur...mungkin keboringan nie akan d isi lah dgn pigi menengok org2 bersukan...rugi ndakda sukan yg aq minat mau ikut...adapun futsal tpi telampau bnyk yg campin....hehe...

jdi mengenai cuti nie juga aq rsa mmg skit kurang menyenangkan....mau tau pasal pa...pasalnya...asgment betimbun...dan akan adanya ujian lgi setelah itu...aduhhhh.....pa la macam...haha...tpi aq akan berusaha sedaya mungkin untuk menyiapkan asgment2 ini...ok.....tiada sdh mau d crta nie pasal cuti...jdi....klu kmu ada cuti yg lebih menyeronokkan kmu tulis lah sndri yah d blog2 kamu...hehe...

wa'salam

Wednesday 4 April 2012

tidak ambil perhatian

baru kehabisan kelas bahasa melayu...best jugak bljar bhsa melayu nie...mengantuk memanjang...haha...nie lah kelemahan ku kalau dalam kelas...skit2 mau tidur...skit2 tidur...tidur3...nasib baik ndak kedapatan...hehe...tdi kmi belajar pasal mesyuarat...minit mesyuarat...macam mana bermesyuarat dgn btul...rpnya bnyk jugak prkra2 formal dalam bermesyuarat nie(first tym tahu) sbb ndak pernah aktif dlm apa-apa persatuan kan...hehe...

skrng nie aq ada lab untuk tmx1010 lah pulak...d sbbkan gagal ujian komputer ari tue...kmi yg bijak pandai nie wajib ambil kelas komputer asas...haha...skrng nie curi2 on9...kesian aq nmpk kakak d dpn tue mengajar..mcm brpa org jak yg btul2 ambil prhtian...yg ndak ambil prhtian...huuuuuu....ndak tau mau ckap pa..termasuk aq lah...haha...

ari nie kmi akan belajar wat slide show...benda nie sudah tau buat...tpi lum lek expert btul...dlu2 tym di poli lincah sdh buat benda nie...setelah bercuti setaun abis suma kehilangan...nie lah kalau manusia2 rajin nie...hehe...ok...ckup lah tuk tajuk nie...aq pun ndakda idea sdh mau tulis pa...

wassalam...

tentang saya.

ASSALAMUALAIKUM....

beeehhhhhhhhh.....bikin panas jugak rpnya mau beblog nie....aq pikir senang2 syak....hehe...first tym mau beblog nie jdi yg otai2 tue tlong tnjuk2 ajar kpd saya....hehe.....mau crta skit pasal dri ini. kalo mau baca...bacalah....kalau ndak mau kasi tingal syak pembacaan anda.....hehe....nama yg bliau ku bagi MUHAMMAD IQBAL BIN AKIB.....ALLAH S.W.T telah keluarkan aq d muka bumi nie pada 16/09/1990 (hari malaysia) skrng aq sdh berumur 21 tahun 8 bulan, harinya kurang pasti dan taun 2012 nie aq akan berumur 22 tahun...aq tlh dilahirkan di hospital duchess of kent d mn tmpt org2 sandakan jgak d lahirkan...masa2 kecik adalah masa yg sangat2 mengembirakan...aq membesar d kg bdc, jambatan (JAZZ BLUES) batu 2 sandakan...kini kampung tersebut sdh tidak wujud didalam peta sandakan,peta sabah,peta malaysia,peta dunia...huhu...pa pun suma nya hanya tingal kenangan...skrng aq ada kampung bru yg lbih kepada taman...iaitu taman FAJAR PERDANA batu 7(umah neneku kmi menumpang sja)....hehe...

ok...kita crta skit pasal family2 ku....ALHAMDULLILAH(segala puji bagi ALLAH)....ALLAH masih bgi aq ibu dan bapa yg sangat penyayang dgn kmi adik beradik...nama bliau laki ku AKIB bliau pompuan NURQALBI..namun jarak sentiasa memisahkan kami sekeluarga(jrng2 dpt jmpa)...huhu...kalo pasal adik beradik kmi ada 6 org suma beradik-beradik. 4 lelaki 2 prmpuan dan semestinya aq lah yg sulung...lpas aq adik lelaki (MUHAMMAD QAYYUM), lpas tue prmpuan (NUR AIN ZAFIRAH), lpas tue lelaki lgi (MUHAMMAD IQRAM ZULKHAIRIN), lpas tue prmpuan lgi (NURUL AQILAH KHAIRUNNISA) dan yg terakhir yg pling aq syang dan paling nakal mudah2an ndak smpi kebesar (MUHAMMAD NAQIUDIN ASYRAF)...cantik kan nama2 kmi suma....pndi mamaku pilih nama....hehe....

Dan mau crta skit pasal keluarga besar kmi...kalo dri sebelah bapa ku pnya kerabat dua2 nenek sdh kembali ke rahmatullah(AL-FATIHAH) untuk keduanya...ndak bole crta tlmpu bnyk pasal neneku nie...mengalir air mata nnt menaip...pindah p adik bradiknya lah...kalo sblah bapa aq rapat juga tpi tidak serapat kerabat seblah mama...kalo sblah bapa ku dorang ada 6 org jugak adk bradik tpi 1 org jugak sdh meningal tym kecil lgi....aq pn ndak kenal....jdi yg ada skrng tingal 5 org....kalo sblh krbat sblh bapa ku nie aq paling rapat dgn adik bapaku yg no 3....suma anak2nya mmg konco berat dgn aq...hehe...

kalo pigi kerabat sebelah mamaku....nie mmg tersangat2 rapat lah...sbb mmg dari keluar2 perut sentiasa bersama dgn mereka...dan kerabat sebelah mamaku nie mmg yg terbaik lah dkt bumi nie...biarpun mamaku bukanlah anak mereka yg sbnrnya tpi djaga lbih dri yg sebnrnya...hehe...aq pn ndak fham sdh cam mn mau trngkan...dlam krbat mamaku nie(yg skrng aq tingal dgn dorang) aq ada 2 org nenek, 4 org pacik, 1 org macik dan 1 adk spupu....nie lah kluarga ku yg paling tersangat2 hampir dalam kehidupan ku....hehe...

abis crta kerabat...mau tau lgi kah....haha....kmu ndak mau tau pun aq mau crta jugak...sbb nie tmpt aq kasi kluar pa dlm pikiran ku...hihihi...skrng crta mengenai pendidikan plak...menerima pendidikan awal di TASKI ABIM batu 4, sandakan stlh itu melanjutkan ke SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN ST MARY BANDAR SANDAKAN...(formal lah plak ayat)..hehe...lepas tue aq naik ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SANDAKAN...bnyak mau crta nie pasal skolah menengah nie...tpi nnt lain post lah....bab 5 taun pn ndak abis crta pasal pengalaman sekolah menengah nie...terlalu2 bnyk kenangan yg tersangat pahit dan indah yg dialami di skola nie...hehe...lpas spm kptsan pn ndak tlmpu bgus....syukur jugak lah dpt smbung lek bljr di POLITEKNIK KOTA KINABALU dgn bergraduate sebagai pelajar diploma pemasaran....nie satu tmpt pn terlalu bnyk meningalkan memori yg mngkin aq ndak bole kasi lupa....hehe....dan skrng aq pn ndak tau cam mn....mngkin nie lah d nama kan takdir, rezeki, dan ketetapan yg ALLAH S.W.T telah buat 500 tahun sblum terciptanya bumi nie...walaupun kehendak hati ndak mau smbung sdh....tpi perancangan ALLAH S.W.T lbih hebat dripada pa yg telah kita rancang....dapatlah jugak aq sambung study ke tingkat yg lbih tingi skit....hehe....skrng aq sdh bergelar mahasiswa....wah....siswa lah sangat kan...haha...dapat lah jugak smbung study d UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK...d sni lah aq akan bljr apa itu erti sebuah kehidupan....cahhhhhh...ayat.....hehe....selama d sni aq ambil kos ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dengan kepujian (pemasaran) biasa bakal2 ahli perniagaan berjaya....aminnnn...insyaALLAH.....mudah2an aq dpt abiskan degree ku d sni selama 3 tahun dgn selama tanpa ada halangan....aminnnnn...

jdi setakat nie lah dlu aq mau merepek...aq pn ndak tau sdh aq  mau repekkan nie....ayat tungang melanggang sdh...kalo nmpk lecture ajar b.m nie konfem dia menangis baca ayat ku nie...haha....pa pun...siapa yg baca nie smpi abis harap2 kamu jgn lah fikir lain2 ar....aq saja2 jak nie menghilangkan boring yg tersangat2 nie dgn membazirkan masaku menaip d sni...hehe....jgn plak kmu sumpah2 tau olok2 aq ar....aq tau kmu baik dan tidak akan bt bgtu dgn aq...hehe....

ok..wassalam.....