Monday 11 June 2012

APA YANG ANDA LIHAT

GAMBAR MONALISA
Apa yang anda lihat diatas adalah salah satu gambar yang mana kebanyakan manusia bila melihatnya akan mengatakan ini 1 lukisan yang cantik indah..dan pernah juga aku mendengar seringkali orang memuji kehebatan kepandaian pelukis tersebut.

“Siapa tak yang tak kenal dengan gambar wanita terhebat didunia nie korang leh terjun bangunan sekarang.. Mona Lisa lukisan agung  Leonardo da Vinci yang berusia ratusan tahun kini menjadi sangat popular sejak sekian lamanya. Lukisan gadis senyum yang mengambil masa berbelas tahun untuk siapkan ini mempunyai pelbagai misteri yang masih belum terungkai.. siapa wanita dalam lukisan ini yang sebenarnya..?”(puji yang orang berikan terhadap sebuah lukisan).

“Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci.Apa yang membingungkan adalah , potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.”(pujian lain yang manusia berikan)

Ini lah antara pendapat segelintir manusia terhadap sebuah gambar. dan terdapat juga beberapa manusia yang sibukkan diri untuk mengkaji apakah kelebihan gambar tersebut. ada yang kata gambar nie senyuman nya sangat cantik. bila orang lihat gambar nie dari segenap arah gambar nie bole jugak memandang orang melihatnya. sehingga aku pun tak tahu nak cakap dah. 

untuk 1 lukisan yang manusia telah lukiskan ini maka ribuan orang menghamburkan pujian. tpi bagaimanakah pula kita dengan ALLAH s.w.t. pencipta kepada monalisa juga pencipta kepada pelukis monalisa ini. bagaimana kita dengan ALLAH s.w.t. berapa banyak pujian yang telah kita berikan pada ALLAH s.w.t yang telah ciptakan manusia nie boleh tertawa, boleh menangis, boleh mendengar, boleh merasa, boleh melihat, boleh berjalan, segalanya serba boleh dengan izin ALLAH. brpa bnyk kah masa yang kita ambil untuk memuji ALLAH s.w.t. untuk menceritakan kebesaran ALLAH, untuk melihat kebesaran ALLAH, untuk mendengar kebesaran ALLAH, untuk memikirkan kebesaran ALLAH.



ALLAH ciptakan manusia itu boleh menangis 

ALLAH yang berikan manusia kekuatan untuk berjalan

ALLAH yang berikan manusia pendengaran 

ALLAH yang jadikan manusia boleh tertawa
**KAN LEBIH INDAH CIPTAAN ALLAH. JDI LEPAS NIE KURANGKAN MEMUJI MAKHLUK BANYAKKAN MEMUJI ALLAH. gunalah mata anda untuk lihat kebesaran ALLAH, gunalah telinga anda untuk dengar cerita kebesaran ALLAH, gunalah mulut anda untuk cerita kebesaran ALLAH, dan gunalah akal anda untuk sentiasa berfikir tentang kehebatan dan keagungan ALLAH s.w.t.....

"SEMOGA SEMUA BERMANFAAT"..hehe..


1 comment: