Monday 11 June 2012

PERHIMPUNAN UMAT AKHIR ZAMAN

ALHAMDULLILAH. tahun ini akan dilangsungkan lagi ijtimak (perhimpunan) umat islam di seluruh Malaysia yang mana telah pun berlangsung di beberapa buah negeri yang telah bermula daripada Kuala Lumpur dan akan berakhir di Sabah. pengalaman pertama kali aku mengikuti iktimak ini adalah ada tahun 2010 yang berlangsung di Beaufort, Sabah pada tahun 2010. Kenangan menyertai ijtimak sabah ini sangat memberi kesan kepada diri aku yang sangat2 dhaif untuk membuka minda aku untuk mengusahakan atas iman aku dan mengajak org lain untuk sama-sama dapat usahakan keatas iman mereka.kegembiraan menyertai ijtimak adalah 1 kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan dan dapat diucapkan dengan kata-kata dan merupakan kenangan yang paling manis dalam diriku. pada tahun sebelumnya (2009) telah berlangsung 1 perhimpunan umat islam di seluruh Malaysia yang lebih besar yang mana turut dihadiri oleh beberapa umat islam daripada negara lain. walaubagaimanapun, aq tidak dapat menghadirkan diri memandangkan aku baru sahaja mengenali usaha ini.

Dan pada tahun ini, dengan izin ALLAH aku akan berkunjung ke ijtimak yang akan berlangsung di SURAU AL-MUTAQIN, TAMAN LAVENDER, KUCHING, SARAWAK (markas kuching). perhimpunan di Kuching ini akan mengabungkan 2 markas iaitu markas Kuching dan Sibu. Kaum lelaki yang berada di kawasan Kuching dan Sibu adalah amat diharapkan untuk sama-sama untuk menghadirkan diri di perhimpunan tersebut untuk sama-sama meramaikan lagi majlis tersebut. dan mudah-mudahan niat ku untuk keluar ketika cuti semester ini diterima oleh ALLAH. dan ijtimak yang bakal berlangsung ini mendapat limpahan daripada ALLAH dan menjadi asbab tersebarnya hidayah di seluruh alam.

IJTIMAK MALAYSIA, tahun 2009 yang dihadiri lebih kurang 200 000 umat islam seluruh dunia.(gmbr diambil dri blog org)
kenangan Ijtimak beaufort yang berlangsung pada tahun 2010 yang telah dihadiri lebih kurang 16,000 org daripada  seluruh negeri sabah dan wilayah persekutuan labuan.(gmbr ambil dri blog org)


tasykil dibuat dan semua org bangun bagi nama dan ada juga yang sudah tertewas awal..hehe..


**YA ALLAH PILIH AKU, IBUBAPAKU, AHLI KELUARGAKU, JIRAN-JIRANKU, SAHABAT-SAHABATKU DAN SELURUH UMAT INI AMBIL KERJA DAKWAH INI SAMPAI KAMI TIADA LAGI...


No comments:

Post a Comment